Terdapat banyak ayat al-Qur’an dan
hadis sahih yang menerangkan ciri-ciri syaitan. Semua ini
dijelaskan oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam untuk kebaikan kita, karena dengan mengetahui ciri –
ciri syetan maka kita bisa berhati – hati
akan tipu daya syetan dan mengetahui bagaimana syetan mengoda manusia
yang beriman.
Maka oleh sebab itu penting dan
perlunya kita untuk senantiasa :
1.
Tidak
berpaling ataupun membantah ayat – ayat al qur’an
dan hadis – hadis
Rosulullah Saw.
2.
Tidak menilainya
dengan akal saja dan berusaha mencari kesamaan yang ada didalam dunia ini
dengan kiyasan mazaz
3.
Tidak bertanya,
berfikir . kenapa ayat Al Qur’an dan hadis sedemikian rupa sehingga olah pikir
manusia tidak bisa menganalognya dalam bentuk yang sempurna.
Ciri-ciri syaitan :
Syaitan
memiliki kepala.
Ciri
ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam
firman-Nya:
Sesungguhnya Kami jadikan (pokok Zaqqum itu) satu ujian bagi
orang-orang yang zalim. Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka
yang marak menjulang,
buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan.
2: Syaitan memiliki dua tanduk.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لاَ تَحَرَّوْا
بِصَلاَتِكُمْ طُلُوعَ الشَّمْسِ وَلاَ غُرُوبَهَا فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بِقَرْنَيْ
شَيْطَانٍ.
Janganlah kalian melaksanakan solat (sunat mutlak) pada
waktu terbit matahari (selepas subuh) dan terbenam matahari (selepas asar) kerana pada waktu itu
muncul dua tanduk syaitan.[2]
3: Syaitan memiliki hati, mata dan telinga.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
179. Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi
neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi
tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai
mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan
Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf 7:179)
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum
ini, syaitan adalah dari jenis jin. Maka ciri-ciri yang dimiliki oleh jin
dimiliki juga oleh syaitan. Dalam ayat 179 surah al-A’raaf di atas, Allah Subhanahu
wa Ta'ala menerangkan bahawa jin memiliki hati, mata dan telinga. Maka
demikian jugalah bagi syaitan, ia juga memiliki hati, mata dan telinga.
kita mengetahui bahawa syaitan
mendengar perintah Allah untuk sujud kepada manusia, menunjukkan bahawa syaitan
memiliki telinga. Kemudian syaitan enggan sujud kerana takbur,
dimana dua dari sikap takbur tersebut ialah ujub terhadap diri
sendiri dan menghina kepada orang lain. Kedua-dua sikap ini merupakan peranan
hati, menunjukkan bahawa syaitan memiliki hati.
Merujuk kepada penglihatan, syaitan
dapat melihat manusia manakala manusia tidak dapat melihat syaitan. Allah Subhanahu
wa Ta'ala menerangkan perbezaan ini:
27. Hai anak Adam,
janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia Telah
mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya
pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan
pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat
mereka. Sesungguhnya kami Telah menjadikan syaitan-syaitan itu
pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman. [al-A’r aaf 7:27]
4: Syaitan memiliki suara.
Syaitan juga memiliki suara dan boleh bercakap-cakap,
membantah, menyoal, membisik dan menghasut dengannya. Semua ini dapat kita
ketahui melalui dialog iblis dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Al-A’raaf 17:61-64
61. Dan (ingatlah), tatkala saya (Allah Swt ) berfirman
kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka
sujud kecuali iblis. dia berkata: "Apakah Aku akan sujud kepada orang yang
Engkau ciptakan dari tanah?"
62. Dia (iblis)
berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas
diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat,
niscaya benar-benar akan Aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian
kecil".
63. Tuhan berfirman:
"Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, Maka
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan
yang cukup.
64. Dan hasutlah
siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah
terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan
berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka.
dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan
belaka.
Syaitan menggunakan suaranya untuk
mengganggu manusia dengan pelbagai cara. Antaranya, bercakap kepada manusia
melalui perantaraan batu, pokok, mata air dan haiwan. Umpama seseorang yang
masuk ke hutan, tiba-tiba sebuah batu bercakap-cakap kepadanya: “Wahai Azlina!
Kamu seorang wanita yang shalihah. Amalan kamu selama ini telah mencukupi. Kini
memadai untuk kamu berzikir sahaja, tanpa perlu solat, puasa zakat dan haji.”
Percakapan tersebut sebenarnya berasal dari syaitan.
5: Syaitan memiliki akal.
Berdasarkan bantahan syaitan kepada
Allah, dapat kita mengetahui bahawa syaitan memiliki akal. Ini kerana ia telah
menggunakan logik akal untuk membantah perintah Allah, seperti kata-katanya:
“Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan
dari tanah?”
“Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan
mengatasiku?”
Akal adalah sesuatu yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu
wa Ta'ala agar dengan akal tersebut makhluk dapat mentaati dan
melaksanakan perintah larangan-Nya dengan cara yang tepat dan betul. Sebaliknya
jika akal digunakan untuk mengukur logik atau tidak sesuatu perintah larangan
Allah, maka ia adalah suatu penyimpangan yang mengkhianati kurniaan akal itu
sendiri.
6: Syaitan ketawa.
Syaitan boleh ketawa. Ini dapat kita ketahui dari hadis
berikut:
التَّثَاؤُبُ
مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ
فَإِنَّ
أَحَدَكُمْ إِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ الشَّيْطَان.ُ
Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana
sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.[3]
Jika tidak dapat menahan diri dari
menguap, maka tutuplah mulut yang sedang menguap dengan tangan dan jangan
mengeluarkan apa-apa bunyi. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam mengajar kita:
إِذَا تَثَاوَبَ
أَحَدُكُمْ فَلْيُمْسِكْ بِيَدِهِ عَلَى فِيهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ.
Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan
masuk (ke dalam mulut yang terbuka).[4]
Ada pun bersin, maka
ia disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam menjelaskan perbezaan antara menguap dan bersin:
إِنَّ اللَّهَ
يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ
فَحَقٌّ
عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ
فَإِنَّمَا
هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ مِنْهُ
الشَّيْطَانُ.
Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.
Maka apabila (seseorang itu) bersin maka pujilah Allah dan merupakan hak bagi setiap
muslim yang mendengar (saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Ada pun menguap, maka ia tidak lain
berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (yang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah
syaitan.[5]
Oleh itu Bagi orang yang bersin,
hendaklah dia memuji Allah dengan menyebut:
الْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
“Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”
Bagi yang mendengar orang bersin, dia
berdoa:
يَرْحَمُكَ
اللهُ.
“Semoga Allah merahmati kamu”.
Kemudian bagi yang bersin, dia menjawab
kepada orang yang mendoakannya:
يَغْفِرُ اللهُ
لَنَا وَلَكُمْ.
Sekali pun bersin adalah sesuatu yang
disukai, tidaklah bererti seseorang itu boleh bersin di hadapan muka orang
lain, menghamburkan air liurnya atau bersin dengan suara yang kuat. Abu
Hurairahradhiallahu ‘anh menerangkan:
كَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَطَسَ وَضَعَ يَدَهُ
أَوْ
ثَوْبَهُ عَلَى فِيهِ وَخَفَضَ أَوْ غَضَّ بِهَا صَوْتَهُ.
Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersin, baginda meletakkan tangannya
atau bajunya ke atas
mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan
(atau sambil menundukkan muka dan) suaranya.[7]
Ciri # 7: Syaitan memiliki tangan dan
jari.
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam berpesan:
إِذَا أَكَلَ
أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ
فَإِنَّ
الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ.
Apabila seseorang kalian makan,
maka makanlah dengan tangan kanannya
dan apabila minum, maka minumlah
dengan tangan kanannya.
Ini kerana sesungguhnya syaitan
makan dengan tangan kirinya
Oleh kerana itu kita umat Islam
sangat-sangat ditekan untuk makan dan minum dengan tangan kanannya. Penekanan
ini turut merangkumi apa jua perkakas yang digunakan seperti sudu, garpu,chopsticks dan
lain-lain, hendaklah semuanya dipegang dengan tangan kanan.
Pernah dahulu seseorang yang duduk
bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan dengan
tangan kirinya. Rasulullah menegur: “Makanlah dengan tangan kanan kamu.” Orang
itu menjawab: “Aku tidak mampu.” Rasulullah menjawab: “Kamu tidak mampu?” Padahal
dia enggan tidak lain kerana kesombongan. Perawi hadis, Salama bin
al-Akwa’ radhiallahu 'anh kemudian menerangkan bahawa setelah
itu lelaki tersebut tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya.[9] Tangan kanannya menjadi lumpuh
sejak dia membantah teguran Rasulullah.
Syaitan juga memiliki jari berdasarkan
keterangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
كُلُّ بَنِي
آدَمَ يَطْعُنُ الشَّيْطَانُ فِي جَنْبَيْهِ بِإِصْبَعِهِ حِينَ
يُولَدُ
غَيْرَ عِيسَى
ابْنِ مَرْيَمَ ذَهَبَ يَطْعُنُ فَطَعَنَ فِي الْحِجَابِ.
Setiap
anak Adam (manusia) ketika lahir ditusuk di kedua tepi badannya
oleh
syaitan dengan jarinya kecuali ‘Isa ibni Maryam,
syaitan
hendak menusuknya tetapi hanya berjaya menusuk uri (ibunya).
Ciri # 8: Syaitan makan dan minum.
Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam: “…sesungguhnya syaitan makan dengan tangan
kirinya dan minum dengan tangan kirinya”, kita juga dapat mengetahui
syaitan makan dan minum.
Syaitan makan apa-apa yang dibiarkan
oleh kita, sama ada yang masih tersisa di pinggan atau apa yang terjatuh
darinya. Oleh kerana itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam menyuruh kita menghabiskan semua makanan dan mengutip apa
yang terjatuh darinya. Tindakan ini bukan sahaja mengelak makanan tersebut
daripada diambil oleh syaitan tetapi untuk kita memperoleh keberkatan yang
sepenuhnya dari makanan tersebut. Anas bin Malik radhiallahu 'anh berkata:
أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعِقَ
أَصَابِعَهُ الثَّلاًثَ.
قَالَ وَقَالَ:
إِذَا سَقَطَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْهَا الأَذَى وَلْيَأْكُلْهَا
وَلاَ يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ.
وَأَمَرَنَا
أَنْ نَسْلُتَ الْقَصْعَةَ. قَالَ: فَإِنَّكُمْ لاَ تَدْرُونَ فِي أَيِّ
طَعَامِكُمْ الْبَرَكَةُ.
Apabila
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam makan,
baginda menjilat
jari-jarinya tiga kali.
Anas
berkata, bahawa Rasulullah bersabda:
“Jika
sesuatu makanan seseorang kalian jatuh,
hendaklah
(dia mengambilnya) dan membersihkan apa-apa kotoran
yang
melekat padanya lalu memakannya.
Janganlah
meninggalkannya untuk syaitan.”
Anas
melanjutkan: “(Rasulullah) juga menyuruh kami
untuk
menghabiskan apa-apa sisa makanan.”
Baginda
berpesan: “Ini kerana kalian tidak tahu
Untuk mengelakkan apa-apa makanan dari
tersisa, hendaklah kita sejak dari awal menyukat jumlah makanan yang diletakkan
ke dalam pinggan. Ambil sekadar yang perlu tanpa berlebih-lebihan. Syaitan akan
menghasut kita untuk mengambil secara berlebihan kerana berlebihan adalah salah
satu bentuk pembaziran dan hubungan antara orang yang membazir dengan syaitan
adalah:
Sesungguhnya orang-orang yang
membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan.
[al-Isra’ 17:27]
Selain itu syaitan minum sambil
berdiri.
Pada satu ketika Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam melihat seorang yang minum sambil berdiri. Baginda
menegur: “Jangan begitu!” Orang itu bertanya: “Mengapa?” Rasulullah
menjawab: “Adakah kamu suka minum bersama kucing?” Orang ituu menjawab:
“Tidak.” Rasulullah meneruskan:
فَإِنَّهُ قَدْ
شَرِبَ مَعَكَ مَنْ هُوَ شَرٌّ مِنْهُ: الشَّيْطَانُ.
Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu
Oleh
itu hendaklah kita sedaya upaya mengelakkan diri minum sambil berdiri. Jika
suasana tidak mengizinkan, boleh minum sambil berdiri. Ini kerana dalam suasana
terpencil lagi terdesak, Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam pernah
minum sambil berdiri. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhumaberkata:
سَقَيْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ
قَائِمٌ.
Aku menghidang Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam air zam-zam
dan baginda meminumnya sambil
berdiri
Ciri # 9: Syaitan membuang air kecil.
Syaitan juga membuang air kecil,
khasnya kepada orang yang tidur lena sepanjang malam sehingga matahari naik.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya
berkenaan orang yang tidur sepanjang malam hingga pagi hari. Baginda menjawab:
ذَاكَ
رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ (أَوْ قَالَ) فِي أُذُنِهِ.
Itu
adalah orang yang syaitan kencing dalam kedua-dua telinganya
atau
salah satu telinganya.
Ciri # 10: Syaitan memiliki keturunan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya
sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku?
[al-Kahf
18:50]
Ciri # 11: Syaitan memiliki pasukan tenteranya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
إِذَا
أَصْبَحَ إِبْلِيسُ بَثَّ جُنُودَهَ فَيَقُول: مَنْ أَضَلَّ مُسْلِمًا
أَلْبَسْتُهُ التَّاجَ.
Pada
waktu pagi, iblis mengutus pasukan tenteranya seraya berkata:
“Sesiapa
yang berjaya menyesatkan seorang muslim
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan
bertahap-tahaplah dalam memujuk sesiapa yang engkau dapat dengan suaramu;
dan
kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda
serta
yang berjalan kaki… [al-Isra’ 17:64]
Dengan pasukan tentera serta para
penyokongnya, syaitan berusaha untuk membuat fitnah kepada manusia. Lebih hebat
fitnah yang dilakukan, lebih besar pangkat dan anugerah yang dihadiahkan kepada
tentera yang berjaya melakukannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam menjelaskan strategi ketenteraan ini:
إِنَّ إِبْلِيسَ
يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ
مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً.
يَجِيءُ
أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ: فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا! فَيَقُولُ: مَا صَنَعْتَ شَيْئًا.
قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ
فَيَقُولُ: مَا
تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ. قَالَ: فَيُدْنِيهِ
مِنْهُ وَيَقُولُ: نِعْمَ أَنْتَ!.
Sesungguhnya iblis meletakkan
singgahsananya di atas air.
Kemudian dia mengutuskan para
tenteranya (untuk memfitnah manusia).
Di antara para tentera itu,
mereka yang memiliki kedudukan
yang paling hampir dengannya
ialah yang paling hebat dalam membuat fitnah.
Salah seorang dari tentera itu
datang dan berkata:
“Saya telah melakukan
sekian-sekian!”
Iblis menjawab: “Kamu belum
melakukan apa-apa.”
Kemudian datang seorang tentera
yang lain dan berkata:
“Tidaklah saya meninggalkan
(orang yang saya ganggu) sehinggalah
dia menceraikan isterinya.”
Di antara pasukan tentera syaitan ialah
manusia, iaitu mereka yang telah berjaya dipengaruhinya untuk memusuhi Islam
dan umatnya. Satu contoh ialah orang-orang musyrik dalam Perang Uhud yang
Allah Subhanahu wa Ta'ala sebut sebagai penolong (al-Auliya’)
syaitan:
Sesungguhnya
yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap)
penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut
kepada mereka,
tetapi
takutlah kepada-Ku, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
[‘Ali
Imran 3:175]
Ciri # 12: Syaitan mencari tempat
bermalam.
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
إِذَا دَخَلَ
الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ
قَالَ
الشَّيْطَانُ: لاَ مَبِيتَ لَكُمْ وَلاَ عَشَاءَ.
وَإِذَا دَخَلَ
فَلَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ
قَالَ
الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ.
وَإِذَا لَمْ
يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ
قَالَ:
أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ.
Apabila
seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah)
ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada
golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga
makanan malam.”
Sebaliknya
apabila seorang itu memasuki rumah
dan
tidak mengingati Allah ketika memasukinya,
berkatalah
syaitan (kepada golongannya):
“Kalian
telah mendapat tempat bermalam.”
Apabila
seorang tidak mengingati Allah ketika makan,
berkatalah
(syaitan kepada golongannya):
Demikian juga apabila kita hendak
keluar rumah, maka kuncilah pintu sambil menyebut nama Allah. Nescaya syaitan
tidak akan dapat membukanya. Tutuplah juga bekas-bekas makan dan minum, nescaya
syaitan tidak dapat membukanya dan mencemarinya. Padamkan juga lampu agar
dengan itu syaitan tidak dapat menyebabkan berlakunya kebakaran.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda:
وَأَغْلِقُوا
الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا
مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ
وَاذْكُرُوا
اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ
وَلَوْ أَنْ
تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ.
Dan
kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah
(dengan
membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan
tidak
dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah).
Ikatlah
kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah,
tutuplah
bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah,
walau
pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya
Jika syaitan berjaya memasuki rumah
untuk bermalam, syaitan akan bermalam dalam hidung para penghuni rumah
tersebut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِذَا
اسْتَيْقَظَ (أُرَاهُ أَحَدُكُمْ) مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ
فَلْيَسْتَنْثِرْ
ثَلاَثًا فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيْشُومِهِ.
Apabila
seseorang kalian bangun dari tidurnya dan berwudhu’,
maka
(sedutlah air ke dalam hidungnya dan)
hembuslah
air itu keluar sebanyak tiga kali
Ciri # 13:
Syaitan dapat bergerak pantas.
Makhluk jin dapat bergerak pantas,
sekali pun dengan membawa beban yang amat besar lagi berat. Ini dapat kita
ketahui dari sejarah Nabi Sulaiman ‘alaihi salam:
Nabi
Sulaiman berkata pula: “Wahai pegawai-pegawaiku,
siapakah
di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya
(Puteri
Balqis dari Yaman ke Baitul Maqdis)
sebelum
mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?”
Berkatalah
Ifrit dari golongan jin:
“Aku
akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun
dari
tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat
gagah
untuk membawanya, lagi amanah.”
[al-Naml
27:38-39]
Syaitan adalah dari jenis jin dan dengan
itu kita mengetahui bahawa ia juga dapat bergerak pantas. Antara ketika ia
bergerak pantas adalah apabila azan dilaungkan:
إِنَّ
الشَّيْطَانَ إِذَا نُودِيَ بِالصَّلاَةِ وَلَّى وَلَهُ حُصَاصٌ.
Sesungguhnya
syaitan apabila dikumandangkan azan,
Ciri # 14: Syaitan dapat bergerak dalam
badan manusia.
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
إِنَّ الشَّيْطَانَ
يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ.
Sesungguhnya
syaitan bergerak dalam badan anak Adam
Ciri # 15: Syaitan dapat mempengaruhi
manusia.
Tetap merujuk kepada hadis di atas
berkenaan pergerakan syaitan dalam badan manusia, ia secara lebih terperinci
berlaku ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang
beriktikaf di masjid dan isterinya Shafiyyah radhiallahu 'anha datang
menziarahi baginda. Kemudian apabila Shafiyyah ingin pulang, Rasulullah
mengiringinya hingga ke pintu masjid. Pada saat itu, dua orang sahabat dari
kalangan Ansar radhiallahu 'anhuma berlalu dan nampak
Rasulullah bersama seorang wanita. Mereka berdua tidak tahu siapakah wanita
tersebut kerana para isteri Rasulullah memakai tudung yang juga menutupi muka.
Untuk mengelakkan salah faham,
Rasulullah memanggil dua lelaki tersebut dan menerangkan bahawa wanita yang
bersamanya ialah Shafiyyah, isteri baginda. Kedua-dua lelaki itu menjawab:“Subhanallah!”,
seolah-olah bermaksud: “Maha Suci Allah, tidaklah kami sekali-kali akan
berburuk sangka kepadamu wahai Rasulullah!” Kemudian Rasulullah membalas:
إِنَّ
الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّمِ وَإِنِّي خَشِيتُ
أَنْ يَقْذِفَ
فِي قُلُوبِكُمَا شَرًّا (أَوْ قَالَ) شَيْئًا.
“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam
badan manusia seperti aliran darah.
Sesungguhnya
aku bimbang ia melemparkan keburukan
Rasulullah membalas dengan menerangkan
ciri-ciri syaitan yang mampu bergerak dalam badan manusia dan mempengaruhi hati
manusia untuk berburuk sangka. Kedua-dua sahabat tersebut pada awalnya tidak
berprasangka apa-apa terhadap Rasulullah. Akan tetapi mungkin sahaja syaitan
menyelinap masuk dalam tubuh mereka beberapa saat kemudian sambil membisikkan
sesuatu yang buruk, konon Rasulullah berdua-duaan dengan wanita yang tidak
halal bagi baginda. Maka sebelum syaitan dapat memasuki dan mempengaruhi dengan
sesuatu yang buruk, Rasulullah menerangkan bahawa wanita tersebut ialah
Shafiyyah, isteri baginda sendiri.[23]
Berdasarkan hadis ini dapat diketahui
ciri-ciri syaitan yang mampu mempengaruhi manusia dengan sesuatu yang
menyelisihi tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ia tidak terhad kepada berburuk
sangka tetapi meliputi sikap-sikap lain seperti:
·
Syaitan
mempengaruhi pemikiran manusia:
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
يَأْتِي
الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟
حَتَّى يَقُولَ
مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ؟ فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ وَلْيَنْتَهِ.
Syaitan
mendatangi seseorang kalian dan bertanya:
“Siapakah
yang mencipta itu? Siapakah yang mencipta ini?”
sehinggalah
ia bertanya: “Siapakah yang mencipta tuhan kamu?”
Maka
jika ia bertanya soalan itu,
mintalah
perlindungan dari Allah dan sudahilah
·
Syaitan
berbisik kepada manusia:
Syaitan mampu berbisik kepada manusia
sebagaimana ia mampu berbisik kepada Adam:
Setelah itu maka syaitan membisikkan kepadanya
dengan berkata:
“Wahai Adam, mahukah aku
tunjukkan kepadamu
pohon yang menyebabkan hidup
selama-lamanya
dan kekuasaan yang tidak akan
hilang lenyap?”
[Ta-Ha 20:120]
Bisikan syaitan lazimnya ke arah
sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Atau sesuatu yang kelihatan seolah-olah
selari dengan Islam padahal sebenarnya bertentangan. Bagi setiap manusia ada di
sisinya malaikat dan syaitan, masing-masing membisikkan sesuatu.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan hakikat
ini:
إِنَّ
لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً
فَأَمَّا
لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ
وَأَمَّا
لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ
فَمَنْ وَجَدَ
ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ
وَمَنْ وَجَدَ
الأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
Sesungguhnya bagi setiap anak
Adam (yakni manusia)
ada sentuhan (bisikan) syaitan
dan sentuhan (bisikan) malaikat.
Ada pun sentuhan syaitan, ia
mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran.
Manakala sentuhan malaikat, ia
mengajak kepada kebaikan dan menegakkan kebenaran.
Maka sesiapa yang
merasai sentuhan (bisikan) kebaikan,
ketahuilah bahawa ia
adalah dari Allah (melalui perantaraan malaikat)
dan hendaklah dia
memuji Allah (dengan menyebut Alhamdulillah).
Sebaliknya sesiapa
yang merasai sentuhan (bisikan) sebaliknya
hendaklah dia meminta
perlindungan Allah daripada syaitan
(dengan menyebut
A’uzubillahi minash syaitan nirrajim).[25]
Satu contoh mudah ialah adab minum air
sebagaimana yang telah diterangkan dalam ciri syaitan # 8. Ketika anda memegang
segelas air untuk minum, tiba-tiba hati anda berbisik untuk minum sambil duduk.
Itu adalah bisikan malaikat. Kemudian muncul pula bisikan lain yang berkata:
“Alaah! Tak mengapa, seteguk saja. Menyusahkan saja untuk duduk.” Itu adalah
bisikan syaitan. Lawanlah ia dengan mengucap “A’uzubillahi minash
syaitan nirrajim” kemudian duduk dan minumlah.
·
Syaitan
mempengaruhi imajinasi manusia:
Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ
الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ
فَإِذَا
أَبْصَرَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا
فِي نَفْسِهِ.
Sesungguhnya
seorang wanita tampil dalam gambaran syaitan
dan
membelakangi dalam gambaran syaitan.
Maka
jika seseorang kalian melihat wanita (yang dia tertarik dengannya),
maka
kembalilah kepada isterinya
Dalam
hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan
kemampuan syaitan membentuk gambaran atau imajinasi pada pemikiran seorang
lelaki yang melihat wanita. Semua ini akan menyebabkan lelaki itu mula
mengkhayal secara seksual akan wanita tersebut. Perkara ini tidak saja
dilakukan oleh syaitan kepada lelaki yang melihat wanita tetapi juga kepada
wanita yang melihat lelaki.
Gambaran
atau imajinasi yang dibuat oleh syaitan dapat ditolak dengan masing-masing
kembali kepada pasangannya. Jika belum bernikah atau tidak dapat kembali, maka
jagalah pandangan masing-masing sejak dari awal.
·
Syaitan
mempengaruhi tumpuan atau fokus manusia:
Antara
tumpuan yang masyhur diganggu syaitan ialah kekhusyukan ketika solat dan
membaca al-Qur’an. Seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Abi al-‘Ash radhiallahu
'anh mengadu kepada Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam:
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta
bacaan al-Qur’anku, dan ia selalu mengelirukan aku.” Maka Rasulullah menjawab:
ذَاكَ شَيْطَانٌ
يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ
وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا.
Itulah
syaitan yang disebut sebagai “Khanzab”,
maka
apabila merasai gang-guannya,
mohonlah
perlindungan Allah darinya
dan
ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali.
‘Utsman
bin al-‘Ash kemudian berkata:
Syaitan tidak saja mengganggu tumpuan
solat tetapi aja jua aktiviti lain yang dilakukan kerana agama. Sebagai contoh,
apabila anda ingin membaca buku agama, syaitan akan mengganggu tumpuan anda
dengan tangisan bayi, anak yang meminta perhatian, perasaan mengantuk dan
kesukaran untuk faham.
·
Syaitan
mempengaruhi motivasi manusia melakukan kebaikan:
Syaitan mampu mempengaruhi motivasi
kita apabila ingin melakukan sesuatu aktiviti demi kebaikan agama, seperti
mengkaji al-Qur’an dan hadis, bersedekah, membuat kerja sukarelawan,
melaksanakanamar ma’ruf dan nahi mungkar serta
berdakwah kepada orang ramai. Allah Subhanahu wa Ta'alaberfirman:
Dan tidaklah Kami mengutuskan
sebelummu seorang Rasul
atau seorang Nabi melainkan
apabila dia bercita-cita
(untuk kebaikan agama yang
dibawanya),
maka syaitan pun melemparkan
hasutannya
mengenai usaha Rasul atau Nabi
itu (dari) mencapai cita-citanya.
[al-Hajj 21:52]
Nah! Jika syaitan menghasut dan
mengganggu para Nabi dan Rasul, sudah tentu syaitan juga akan menghasut dan mengganggu
kita. Oleh kerana itulah, apabila kita ingin melakukan sesuatu aktiviti demi
kebaikan agama, kita merasa sukar untuk memberi tumpuan penuh kepadanya. Selain
itu akan ada saja pelbagai faktor yang menghalang atau menyukarkan sehingga
kita hilang motivasi untuk meneruskannya. Ketahuilah bahawa semua itu adalah
dari syaitan, maka lawanlah ia. Berhenti dari melakukan aktiviti yang dirancang
adalah tanda mengalah kepada syaitan. Sebaliknya meneruskan apa yang dirancang
dengan penuh motivasi dan dedikasi adalah tanda kemenangan di atas syaitan.
Antara contoh aktiviti yang dimaksudkan
ialah bersedekah, dimana Allah Subhanahu wa Ta'alaberfirman:
Wahai orang-orang yang beriman!
Belanjakanlah (pada jalan Allah)
sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik,
dan sebahagian dari apa yang
Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
Dan janganlah kamu sengaja
memilih
yang buruk daripadanya (lalu
kamu dermakan
atau kamu jadikan pemberian
zakat),
padahal kamu sendiri tidak
sekali-kali akan mengambil yang buruk itu
(kalau diberikan kepada kamu),
kecuali dengan memejamkan mata
padanya.
Dan ketahuilah, sesungguhnya
Allah Maha Kaya,
lagi sentiasa Terpuji.
Syaitan menjanjikan kamu dengan
kemiskinan dan kepapaan
(jika kamu bersedekah atau
menderma),
dan ia menyuruh kamu melakukan
perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut);
sedangkan Allah menjanjikan kamu
(dengan) keampunan daripada-Nya
serta kelebihan kurnia-Nya. Dan
(ingatlah),
Allah Maha Luas limpah
rahmat-Nya,
lagi sentiasa Meliputi
Pengetahuan-Nya.
[al-Baqarah 2:267-268]
·
Syaitan
mempengaruhi manusia dengan sikap terburu-buru.
Jika dalam kes di atas syaitan
mempengaruhi kita dengan sikap negatif seperti malas, tidak berminat dan tiada
motivasi, maka sebaliknya syaitan juga mampu mempengaruhi kita dengan sikap
tergesa-gesa. Akhirnya berlaku apa yang berlawanan, seperti terlebih
bersemangat (over excited), melampaui batas, mengharapkan hasil
serta-merta dan kelam-kabut. Kemudian apabila apa yang diinginkan tidak
menjadi, sikap tergesa-gesa di atas beralih kepada berputus asa, merungut,
menuduh orang lain atas kegagalan diri sendiri dan sebagainya.
Ada pun Islam, maka ia menganjurkan
sikap yang dipertengahan antara malas dan tergesa-gesa. Sikap tersebut ialah
tenang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
اَلتَّأَنِيْ
مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.
·
Syaitan
mempengaruhi manusia dengan perasaan cemburu:
Isteri Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam, A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan
pada satu malam baginda keluar dari rumahnya dan ini menyebabkan dia merasa
cemburu. Kemudian Rasulullah kembali ke rumah dan mendapati dia sedang dalam
keadaan yang cemburu. Lalu baginda bertanya:
مَا لَكِ يَا
عَائِشَةُ؟ أَغِرْتِ؟ فَقُلْتُ: وَمَا لِي لاَ يَغَارُ مِثْلِي عَلَى مِثْلِكَ؟
فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
أَقَدْ جَاءَكِ شَيْطَانُكِ؟
قَالَتْ: يَا
رَسُولَ اللَّهِ أَوْ مَعِيَ شَيْطَانٌ؟ قَالَ: نَعَمْ. قُلْتُ: وَمَعَ كُلِّ
إِنْسَانٍ؟
قَالَ: نَعَمْ.
قُلْتُ: وَمَعَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: نَعَمْ وَلَكِنْ رَبِّي أَعَانَنِي
عَلَيْهِ حَتَّى أَسْلَمَ.
“Apa jadi kepada kamu wahai A’isyah? Adakah kamu cemburu?”
“Takkanlah aku tidak cemburu
kepada orang seperti anda?”
Kemudian Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam melanjutkan:
“Apakah telah datang kepadamu
syaitan kamu?”
“Wahai Rasulullah! Apakah
bersama aku ada syaitan?”
“Ya.”
“Dan (apakah syaitan itu ada)
pada setiap manusia?”
“Ya.”
(Apakah syaitan juga) bersama
kamu wahai Rasulullah?”
“Ya, akan tetapi Tuhanku telah
menolongku darinya
·
Syaitan
mempengaruhi manusia dengan perasaan marah:
Sulaiman bin Shurd radhiallahu
'anh berkata:
كُنْتُ جَالِسًا
مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلاَنِ يَسْتَبَّانِ
فَأَحَدُهُمَا
احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ.
فَقَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنِّي لأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ
قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ
لَوْ قَالَ:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.
Ketika aku sedang duduk bersama
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam,
dua orang sedang
bertengkar sehingga salah seorang dari mereka
menjadi merah wajahnya dan
urat-urat lehernya timbul keluar.
Maka Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
“Sesungguhnya aku mengetahui
satu kalimah yang jika diucapkan
nescaya kemarahannya akan
hilang. Iaitu sebutlah
Terdapat dua faktor di sebalik
kemarahan. Pertama ialah faktor peribadi, seperti orang yang
marah kerana kedudukannya tidak dihormati atau kerana barangnya telah
dirosakkan. Ini adalah marah yang tercela dan perlu dihindarkan. Kedua ialah
faktor agama, seperti seorang muslim yang merasa marah kerana ajaran agamanya
dirosakkan oleh muslim yang lain atau marah apabila umat Islam dizalimi oleh
kaum lain. Ini adalah marah yang terpuji, akan tetapi tidaklah bermakna seseorang
itu boleh terus bertindak kasar kerananya. Yang dituntut ialah tetap tenang dan
berlemah lembut untuk menangani orang yang menyebabnya marah. Sikap tenang
adalah berdasarkan hadis yang dikemukakan sebelum ini:
اَلتَّأَنِيْ
مِنَ اللهِ وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ.
Manakala sikap lemah lembut adalah
berdasarkan hadis:
إِنَّ اللَّهَ
يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الأَمْرِ كُلِّهِ.
Jika dirujuk kepada sirah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, akan ditemui beberapa
ketika baginda marah atas faktor agama. Akan tetapi kemarahan tersebut tidaklah
menyebabkan baginda mengeluarkan kata-kata yang kotor atau bertindak ganas.
Sebaliknya baginda hanya memberi teguran yang tenang lagi lemah lembut. Satu
contoh ialah kisah berikut yang diriwayatkan oleh Abu Mas‘ud al-Anshari radhiallahu
'anh.
Beliau menceritakan, seorang lelaki
telah datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallamdan
berkata: “Wahai Rasulullah! Aku pernah mundur dari solat (berjamaah) disebabkan
si-fulan (imamnya) membaca surah yang panjang.” (Abu Mas‘ud) menyambung: Aku
tidak pernah melihat Nabishallallahu 'alaihi wasallam amat dahsyat
kemarahannya dalam rangka memberi nasihat berbanding pada saat itu. Lalu
baginda bersabda:
أَيُّهَا
النَّاسُ إِنَّكُمْ مُنَفِّرُونَ فَمَنْ صَلَّى بِالنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ
فَإِنَّ فِيهِمْ
الْمَرِيضَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ
Wahai
manusia! Sesungguhnya di antara kalian
ada yang
membuat orang-orang lari dari solat berjamaah.
Maka
sesiapa yang mengimami manusia,
hendaklah
dia meringankan (memendekkan) bacaan
kerana
sesungguhnya di kalangan mereka (makmum)
·
Syaitan
mempengaruhi manusia dengan sifat lupa:
Terdapat dua jenis lupa. Pertama lupa
dalam urusan harian seperti lupa dimana letaknya anak kunci rumah atau lupa
membeli barang tertentu di kedai runcit. Kedua lupa dalam
urusan agama seperti lupa solat atau hafalan al-Qur’an. Lupa jenis kedua
berasal dari syaitan, kerana syaitan dapat mempengaruhi manusia dengan sifat
lupa. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dan apabila engkau melihat
orang-orang
yang memperkatakan dengan cara
mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami,
maka tinggalkanlah mereka
sehingga mereka memperkatakan soal yang lain;
dan jika engkau dilupakan oleh
syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka),
maka janganlah engkau duduk lagi
bersama-sama kaum yang zalim itu,
sesudah engkau mengingati (akan
larangan itu).
[al-An’aam 6:68]
Walaubagaimana pun sesetengah kes lupa
dari jenis pertama boleh berasal dari pengaruh syaitan kerana dengan kelupaan
tersebut, seseorang itu mungkin menjadi marah dan merungut. Sikap negatif seperti
ini adalah sesuatu yang disukai oleh syaitan. Maka jika lupa dalam urusan
harian, hendaklah tetap tenang dan seterusnya mencari jalan untuk mengelaknya
dari berulang pada masa akan datang. Satu contoh lupa jenis pertama ini yang
berpunca dari syaitan ialah kisah berikut yang berlaku pada zaman Nabi
Musa ‘alaihi salam:
Temannya berkata: “Tahukah apa
yang telah terjadi
ketika kita berehat di batu
besar itu?
Sebenarnya aku lupakan hal ikan
itu
dan tiadalah yang menyebabkan
aku lupa
daripada menyebutkan halnya
kepadamu melainkan syaitan;
dan ikan itu telah menggelunsur
menempuh jalannya di laut
dengan cara yang menakjubkan.”
[al-Kahf 18:63]
·
Syaitan
mempengaruhi manusia dengan kesakitan:
Penyakit adalah sesuatu yang lazim
dialami oleh manusia. Akan tetapi syaitan turut serta dengan sesuatu penyakit
dengan menambah pengaruh kesakitan, kepayahan, kesengsaraan dan keluhan
yang dialami:
Dan (ingatkanlah peristiwa)
hamba Kami, Nabi Ayub,
ketika dia berdoa merayu kepada
Tuhannya
(ketika menghadapi penyakitnya)
dengan berkata:
“Sesungguhnya aku diganggu oleh
syaitan dengan kesusahan dan siksaan.”
[Shad 38:41]
·
Syaitan mempengaruhi
manusia untuk berbuat jahat:
Syaitan mampu mempengaruhi seseorang
atau menghasutnya untuk berbuat jahat. Antara kejahatan tersebut ialah
mengganggu orang yang sedang solat dengan cara sengaja melintas di hadapannya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
إِذَا صَلَّى
أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنْ النَّاسِ فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ
يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ
فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ.
Apabila seseorang kalian solat
dengan menghadap sesuatu
(yang diletakkan) sebagai
penghadang dari (lalu lintas) orang lain,
lalu ada orang yang hendak
melintas di antaranya
dan penghadang itu, maka
tahanlah dia.
Jika dia enggan (dan tetap
berkeras untuk melintas)
maka tahanlah dia dengan lebih
tegas
Dalam hadis di atas, yang akan melintas
di hadapan orang yang sedang solat bukanlah syaitan tetapi orang yang
dipengaruhi atau dihasut oleh syaitan. Ini kerana dalam sebuah riwayat lain,
hadis di atas diakhiri dengan lafaz “…kerana sesungguhnya syaitan
bersama dia.”[35]
Inilah juga yang dimaksudkan
sebagai “syaitan-syaitan manusia” dalam firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Dan demikianlah Kami jadikan
bagi tiap-tiap Nabi itu
musuh dari syaitan-syaitan
manusia dan jin,
setengahnya membisikkan kepada
setengahnya yang lain
kata-kata dusta yang indah-indah
susunannya
untuk memperdaya pendengarnya.
[al-An’aam 6:112]
Yang dimaksudkan dengan “syaitan-syaitan
manusia” ialah manusia yang dipengaruhi dan dihasut oleh syaitan
untuk berbuat jahat dan menjadi musuh kepada para Nabi. Penafsiran ini adalah
berdasarkan perbezaan asal usul kedua-duanya, dimana syaitan berasal dari api
manakala manusia berasal dari tanah.
Dalam rangka berbuat jahat, syaitan
bukan sahaja mempengaruhi manusia tetapi juga mempengaruhi haiwan untuk berbuat
jahat kepada manusia. Salah satu darinya ialah mempengaruhi tikus untuk
menjatuhkan lampu-lampu pelita agar dengan itu dapat berlaku kebakaran di
rumah.
‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu
'anhuma menerangkan bahawa pernah seekor tikus menolak sebuah lampu
pelita sehingga tumbang di atas tikar yang sedang diduduki oleh Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Lalu terbakarlah tikar tersebut sebesar saiz satu
dirham. Melihat yang sedemikian Rasulullah bersabda:
إِذَا نِمْتُمْ
فَأَطْفِئُوا سُرُجَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدُلُّ مِثْلَ هَذِهِ عَلَى هَذَا فَتُحْرِقَكُمْ.
Apabila kalian hendak tidur maka
padamkanlah lampu pelita kalian
kerana sesungguhnya syaitan
menunjuki ini (tikus) kepada itu (lampu pelita)
Demikian
beberapa kemampuan syaitan untuk mempengaruhi manusia. Selain apa yang disebut
di atas, syaitan juga mampu mempengaruhi dengan sikap-sikap buruk yang lain.
Tidak ketinggalan ialah sikap-sikap yang menyebabkan ia diusir dari langit,
iaitu ujub, menghina, mengunggulkan akal di atas wahyu dan mempersoalkan wahyu.
Dalam kehidupan harian kita, sudah
pasti satu atau lebih dari sikap-sikap di atas mempengaruhi kita. Pada waktu
pagi kita mungkin marah, pada waktu petang kita mungkin cemburu, pada waktu
petang kita mungkin berburuk sangka dengan rakan dan pada waktu malam kita
mungkin merasa malas untuk pergi ke kuliah agama. Semua ini adalah pengaruh
syaitan, maka lawanlah ia dengan mengucap“A’uzubillahi minash syaitan
nirrajim” dan tinggalkan sikap-sikap yang buruk tersebut.
Ciri # 16: Syaitan dapat merasuk
manusia.
Dalam dua ciri di atas, kita telah
mempelajari kemampuan syaitan untuk bergerak dalam diri manusia dan melakukan
pelbagai pengaruh ke atas manusia yang dimasukinya. Dalam suasana itu manusia
yang dipengaruhi masih dalam keadaan yang normal. Akan tetapi adakalanya
syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah
lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai
kerasukan atau histeria. Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan
tentang kemampuan syaitan ini:
Orang-orang
yang memakan (mengambil) riba
tidak
dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya
orang
yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu.
[al-Baqarah
2:275]
Kerasukan tidak saja terhad kepada
orang yang melibatkan diri dalam urusniaga riba, tetapi meluas kepada pelbagai
keadaan yang lain. Merujuk kepada persoalan kerasukan dan hubungkaitnya dengan
syaitan, manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1. Mereka yang menafikannya. Golongan
ini berkata, kerasukan tidak berpunca dari syaitan sebaliknya berpunca dari
penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan hormon, tekanan jiwa (stress)
dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini dapat dihentikan dengan mengambil ubat.
2. Mereka yang berlebih-lebihan. Golongan
ini mengakui bahawa kerasukan berpunca dari syaitan. Akan tetapi mereka
berlebih-lebihan dalam menyandarkannya kepada syaitan sehingga apa jua
perubahan tingkah laku (behaviour) yang dihadapi oleh seseorang, mereka menganggapnya
sebagai kerasukan syaitan.
3. Mereka yang berada di pertengahan antara
golongan pertama dan kedua. Golongan ketiga ini berkata kerasukan boleh
berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan. Maka kerasukan
pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua
(syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang
sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat
dan zikir.
Ada pun hujah golongan pertama bahawa
kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya dengan pelbagai
penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam badan. Bahkan dengan
peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat menunjuk secara tepat bahagian
saraf yang sedang mengalami gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak
seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat
dihentikan.
Akan
tetapi, sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap
timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan:
Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar merembeskan
hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat dihentikan dengan
mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah kerasukan berulang apabila ubat
habis dimakan?
Jawapannya dapat diperolehi dengan
mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia
mampu mengganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu
melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti
mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot)
dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal
(tumor and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan
diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang
dikupas dalam bab ini.
Walaubagaimana pun, ini tidaklah
bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan.
Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang tidak
seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan sebagainya. Maka
tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa semua perubahan kelakuan berpunca
dari syaitan.
Yang benar adalah bahawa kerasukan
mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga berpunca dari syaitan. Maka apa
yang berpunca dari penyakit, ia dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh
doktor pakar manakala apa yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan
zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Jika tidak pasti sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka
kedua-dua kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.
Seterusnya, peranan syaitan dalam
menyebabkan kerasukan kepada manusia terbahagi kepada dua kategori:
Kategori Pertama: Kerasukan
yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan kemahuannya sendiri. Sengaja syaitan
merasuk manusia untuk menyesatkannya, mengkafirkannya, mensyirikkannya dan
memasukkan mangsa tersebut ke dalam neraka. Semua ini dapat dicapai oleh
syaitan apabila mangsa atau orang di sekelilingnya cuba mengubati kerasukan itu
dengan cara yang berbeza dari tunjuk ajar Rasulullah, bahkan dengan cara yang
dilarang oleh Islam.
Kategori Kedua: Kerasukan
yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan perintah tuannya. Ini disebut sebagai
sihir. Sihir adalah satu tindakan jahat yang memerlukan dua unsur utama:
1.
Manusia sebagai ahli
sihir sekali gus merangkap jawatan “Tuan”.
2.
Syaitan sebagai
khadam yang melakukan kerja sihir yang diperintah oleh tuannya.
Melalui
sihir syaitan dapat mencapai beberapa objektifnya. Secara terperinci:
Objektif Menyesatkan: Apabila
orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka tidak tahu cara perubatan
sahih yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Mereka berjumpa dengan mana-mana bomoh atau ustaz yang masyhur di sisi
masyarakat untuk berubat dan menerima apa saja kaedah perubatan yang diberikan
olehnya. Bahkan mereka tidak tahu apakah maksud jampi-jampian yang dibacakan ke
atas mereka. Akibatnya, mereka telah meninggalkan jalan Rasulullah kepada jalan
lain yang menyesatkan.
Objektif
Memusyrikkan: Apabila orang yang terkena sihir
berubat, lazimnya mereka meletakkan keyakinan bahawa pengaruh kesembuhan adalah
dari bomoh atau ustaz yang sedang mengubatinya beserta bacaan-bacaan jampi
mereka. Padahal satu-satunya pengaruh untuk kesembuhan ialah Allah Subhanahu
wa Ta'ala. Apabila keyakinan seseorang terhadap kuasa yang dapat memberi
manfaat dan mudarat kepadanya beralih dari Allah kepada sesuatu yang lain, dia
telah syirik kepada Allah.
Objektif
Mengkafirkan: Satu contoh mudah, apabila Jamal
ingin berbuat jahat kepada Jamilah, dia akan menemui seorang ahli sihir bernama
Ahmad dan menyampaikan hajatnya. Ahmad akan memerintah khadamnya, yakni
syaitan, untuk membuat apa yang dihajatkan oleh Jamal ke atas Jamilah.
Perbuatan itu pelbagai, dari muntah darah, gangguan pemikiran sehinggalah
kepada kerasukan. Inilah yang lazim disebut sebagai “kena buat orang!”
Untuk melawan buatan sihir itu, Jamilah
akan pergi menemui seorang ahli sihir lain bernama Kamal dan menyampaikan
hajatnya. Kamal akan memerintahkan khadamnya, yakni syaitan, untuk membuatkan
apa yang dihajatkan oleh Jamilah ke atas Jamal. Demikianlah ia berulang antara
Jamal dan Jamilah.
Dalam contoh di atas, syaitan berjaya
mengkafirkan kesemua Jamal, Jamilah, Ahmad dan Kamal. Sekali pun syaitan
disebut sebagai “khadam”, sebenarnya ia adalah tuan kepada semua yang terbabit,
termasuklah Ahmad dan Kamal. Syaitan hanya berpura-pura menjadi khadam asalkan
dengan itu tercapailah objektifnya untuk mengkafirkan manusia.
Sesiapa saja yang terlibat dengan
sihir, sama ada untuk menyihir atau melawan sihir dengan sihir, akan menjadi
kafir berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Mereka mengikut ajaran-ajaran
sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi
Sulaiman,
padahal Nabi Sulaiman tidak
mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu,
akan tetapi syaitan itulah
yang kafir (dengan amalan sihirnya);
Kerana merekalah yang
mengajarkan manusia ilmu sihir
dan apa yang diturunkan kepada
dua malaikat:
Harut dan Marut, di negeri Babil
(Babylon),
sedang mereka berdua tidak
mengajar seseorang pun
melainkan setelah mereka
menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya kami ini hanyalah
cubaan (untuk menguji imanmu),
oleh itu janganlah
engkau menjadi kafir (dengan mempelajari sihir).”
[al-Baqarah 2:102]
. Objektif memasukkan
ke dalam neraka: Orang yang berurusan dengan sihir
akan menerima padah yang buruk di Hari Akhirat, termasuk diazab di dalam
neraka. Allah Subhanahu wa Ta'alaberfirman:
Dan
sebenarnya mereka mempelajari perkara (sihir)
yang
hanya membahayakan mereka
dan
tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan demi
sesungguhnya mereka telahpun mengetahui
bahawa
sesiapa yang memilih ilmu sihir itu,
tidaklah
lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat.
Demi
sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,
kalaulah
mereka mengetahui.
Ciri # 17: Syaitan dapat mempengaruhi
mimpi manusia.
Syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati
manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا
الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ
أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ
عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ
تَضُرُّهُ.
Mimpi yang baik adalah dari
Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.
Maka apabila seseorang kalian
mengalami mimpi buruk yang menakutkannya,
hendaklah dia meludah ke arah
kirinya dan minta perlindungan
dari Allah dari keburukannya
kerana setelah itu ia
Mimpi buruk dari syaitan tidak terhad
kepada sesuatu yang mengerikan (nightmare) sahaja. Dalam rangka
mempengaruhi mimpi manusia, syaitan adakalanya menjelma sebagai seorang syaikh,
wali atau tuan guru lalu menyampaikan sesuatu ajaran agama, seperti zikir-zikir
dan amal ibadah yang menyalahi apa yang diajar oleh Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Orang yang sedang bermimpi menduga dia telah
mendapat mimpi yang baik dari Allah padahal yang benar dia mendapat mimpi yang
buruk dari syaitan. Dia menyangka telah mendapat satu syari‘at khusus dari
Allah berbanding syari‘at awam yang dibawa oleh Rasulullah, padahal yang dia
dapati hanyalah syari‘at kesesatan dari syaitan.
Berkaitan mimpi, ramai orang yang salah
faham tentang hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
مَنْ رَآنِي
فَقَدْ رَأَى الْحَقَّ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَكَوَّنُنِي.
Sesiapa
yang melihat aku dalam mimpi maka sungguh dia telah melihat dengan benar
Mereka
menganggap siapa jua yang mereka temui dalam mimpi yang memiliki ciri-ciri
berjambang, memakai serban dan jubah putih serta menaiki unta dalam suasana
padang pasir atau sedang berteduh di bawah pohon kurma, maka orang itu ialah
Rasulullah.
Memang
benar bahawa syaitan tidak boleh menjelma sebagai Rasulullah. Akan tetapi
syaitan boleh menjelma sebagai seseorang lain lalu orang yang bermimpi mendakwa
itu adalah Rasulullah. Lebih-lebih lagi apabila orang itu sendiri sebelum tidur
melakukan sekian-sekian zikir dan selawat yang dipercayai boleh menghadirkan
Rasulullah dalam mimpinya. Maka syaitan datang menjelma dalam mimpi sebagai
seseorang yang berjambang, berserban, berjubah dan menaiki unta, lalu segera
dianggap oleh orang yang bermimpi: Itu adalah Rasulullah.
Ciri
# 18: Syaitan dapat beraktiviti.
Syaitan
adalah satu makhluk yang memiliki kemahiran membuat, bertindak dan beraktiviti.
Antara aktiviti tersebut ialah membuat bangunan dan menyelam untuk Nabi
Sulaiman ‘alaihi salam:
(Sulaiman berdoa): “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku
dan kurniakanlah kepadaku sebuah
kerajaan
yang tidak akan ada pada
sesiapapun kemudian daripadaku;
sesungguhnya Engkaulah yang
sentiasa Melimpah kurnia-Nya.”
Maka (Kami kabulkan
permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya
menggunakan angin yang bertiup
perlahan-lahan menurut kemahuannya,
ke arah mana sahaja yang hendak
ditujunya.
Dan (Kami mudahkan bagi Sulaiman
memerintah) syaitan:
golongan-golongan yang pandai
mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam.
[Shad 38:35-37]
Jika syaitan mampu membina bangunan dan
menyelam, maka mudah sangatlah bagi ia untuk melakukan aktiviti yang dianggap
masyarakat sebagai satu mukjizat atau Karamah seperti air yang
tiba-tiba mengalir keluar dari tanah yang tandus, makanan yang datang dari arah
kubur seorang syaikh, al-Qur’an yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya,
lampu atau pelita yang menyala dan padam dengan sendirinya dan
aktiviti-aktiviti lain yang di luar adat kebiasaan.
Syaitan melakukan semua itu kerana dua sebab:
1.
Syaitan tersebut
dipelihara oleh tuannya dan tuannya ingin agar masyarakat menghormati dia dan
menganggap dia sebagai wali. Maka dia mengarahkan syaitan peliharaannya
melakukan aktiviti-aktiviti di luar adat kebiasaan untuk memberi pengaruh
kepada masyakarat. Dengan ketipan jarinya, lampu akan menyala. Dengan
tepukan tangan, rumah jiran yang condong ditiup angin kuat kembali tegak.
Dengan satu senyuman, gadis yang kerasukan tiba-tiba sembuh dan tersenyum.
Dengan mengangkat kedua tangannya, perahu yang tenggelam di laut dalam akan
timbul. Bahkan syaitan mampu membawanya terbang dan bergerak pantas (Lihat Ciri
# 13). Fenomena terakhir ini lazim dilakukan oleh pakar-pakar seni
mempertahankan diri dimana mereka boleh terbang sambil melawan atau mengejar musuh.
Ia juga dilakukan oleh para syaikh tareqat: sarapan di Masjidil Haram, makan
tengahari di Masjidil Aqsa, minum petang di Kandahar, makan malam di rumahnya.
Semua ini akan menyebabkan masyarakat memandang mereka sebagai seorang wali
Allah.
2.
Syaitan ingin
menyesatkan masyarakat setempat dan membawa fitnah kepada seorang hamba yang
shalih. Maka syaitan menerbitkan mata air di tanah tandus berhampiran rumah
orang shalih itu, menempatkan awan di atas rumahnya agar sentiasa teduh,
mengarahkan angin untuk meniup daun-daun kering dari laman rumahnya dan membuka
pintu pagar bagi sesiapa yang berhajat untuk mengunjunginya. Aktiviti-aktiviti
di luar adat kebiasaan sebegini akan menyebabkan masyarakat segera menganggap
orang shalih tersebut sebagai wali Allah.
Dalam kedua-dua kes di atas, apabila
masyarakat mula menganggap seseorang itu sebagai wali Allah, mereka akan
bersegera mengambil berkat darinya, meminta air jampi darinya, berdoa dengan
perantaraannya, menggantung potretnya dan bersolat dengan menghadap gambarnya.
Dengan semua ini tercapailah objektif syaitan untuk menyesat, mengkafir,
memusyrik dan menjadikan mereka ahli neraka.
Khusus kepada kes kedua, ia lazim
berlaku kepada para shaikh tasawuf. Mereka asalnya ialah para hamba Allah yang
shalih lagi bertaqwa, yang mendisiplinkan diri untuk beribadah kepada Allah
secara bersungguh-sungguh. Kemudian syaitan datang melakukan beberapa aktiviti
di luar adat kebiasaan di sekelilingnya sehingga masyarakat menganggap dia
adalah seorang wali Allah. Dari sini mulalah mereka mengagungkan dia dengan
pelbagai amalan bid‘ah dan cerita-cerita fantasy. Akhirnya seorang
hamba Allah yang shalih telah diangkat oleh masyarakat menjadi super
wali dan pelbagai pemikiran serta amalan yang syirik dilakukan atas
namanya.[40]
Ciri # 19: Syaitan dapat ditangkap.
Abu Darda radhiallahu
'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bangun untuk bersolat, lalu ketika sedang solat, baginda
berkata:
أَعُوذُ
بِاللَّهِ مِنْكَ.
“Aku
berlindung kepada Allah dari engkau!”.
Kemudian baginda berkata:
أَلْعَنُكَ
بِلَعْنَة اللَّهِ.
“Aku
melaknat engkau dengan laknat Allah!”
Sebanyak
tiga kali, sambil menghulurkan tangan seolah-olah ingin menangkap sesuatu.
Apabila
baginda selesai solat, kami bertanya:
“Wahai
Rasulullah! Kami mendengar kamu berkata dalam solat
sesuatu
yang tidak pernah kami dengar kamu memperkatakannya
(ketika
sedang solat) dan kami melihat kamu menghulurkan tangan.”
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam menjawab:
إِنَّ عَدُوَّ
اللَّهِ إِبْلِيسَ جَاءَ بِشِهَابٍ مِنْ نَارٍ لِيَجْعَلَهُ فِي وَجْهِي
فَقُلْتُ:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ.
ثُمَّ قُلْتُ:
أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ التَّامَّةِ فَلَمْ يَسْتَأْخِرْ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
ثُمَّ أَرَدْتُ أَخْذَهُ
وَاللَّهِ
لَوْلاَ دَعْوَةُ أَخِينَا سُلَيْمَانَ لأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ
وِلْدَانُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ.
Sesungguhnya
musuh Allah, yakni iblis, datang dengan membawa api
untuk
dilemparkan ke muka aku.
Maka aku
mengucap: “Aku berlindung kepada Allah dari engkau!” tiga kali.
Kemudian
aku mengucap: “Aku melaknat engkau dengan laknat Allah!”
akan
tetapi dia tidak mengundur diri. Kemudian aku bermaksud untuk menangkapnya.
Demi
Allah! Jika bukanlah kerana doa saudara kami Sulaiman
nescaya
ia akan terikat sehingga pagi
Berdasarkan hadis di atas, syaitan adalah
satu makhluk yang boleh ditangkap, dikurung dan diikat. Hanya dari sudut
syari‘at tindakan menangkap, mengurung dan mengikat makhluk jin dan syaitan
tidak dibenarkan disebabkan oleh doa Nabi Sulaiman ‘alahi salam yang
telah dikemukakan sebelum ini:
(Sulaiman berdoa): “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku
dan kurniakanlah kepadaku sebuah
kerajaan
yang tidak akan ada pada
sesiapapun kemudian daripadaku;
sesungguhnya Engkaulah yang
sentiasa Melimpah kurnia-Nya.”
[Shad 38:35]
Berdasarkan
doa ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak
menangkap iblis sekali pun baginda mampu melakukannya. Ini kerana tindakan
tersebut hanya dibolehkan kepada Nabi Sulaiman dan dilarang kepada selainnya,
termasuk Rasulullah dan umat baginda.
Bagi
Rasulullah dan umat baginda, Allah yang akan mengikat iblis sekali setahun,
iaitu sepanjang bulan Ramadhan. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
إِذَا دَخَلَ
رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ
وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ.
Apabila
masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka,
Berdasarkan
hadis di atas juga dapat kita bezakan bahawa orang-orang yang memelihara atau
menggunakan khidmat jin dan syaitan, mereka sebenarnya tidak mengikuti ajaran
al-Qur’an dan al-Sunnah. Jin dan syaitan sengaja membiarkan diri mereka diikat
dan dijadikan khadam oleh tuannya agar dengan itu mereka dapat menjerumuskan
tuan mereka ke dalam kesesatan.[43]
Ciri # 20: Syaitan memiliki waktu
kegemaran.
Orang tua kita lazim berpesan, jangan
bermain di luar ketika waktu senja. Pesanan ini berasal dari Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam:
إِذَا
اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ (أَوْ قَالَ جُنْحُ اللَّيْلِ) فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ
فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ
تَنْتَشِرُ
حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ الْعِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ.
Apabila malam menjelang tiba
maka tahanlah anak-anak kalian (dari keluar)
kerana sesungguhnya pada waktu
itu syaitan-syaitan berkeliaran.
Ciri # 21: Syaitan memiliki tempat
kegemaran.
Syaitan juga memiliki tempat
kegemarannya, atau apa yang dapat disebut sebagai tempat melepaknya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
لاَ تَكُونَنَّ
إِنْ اسْتَطَعْتَ أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ وَلاَ آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ
مِنْهَا
فَإِنَّهَا
مَعْرَكَةُ الشَّيْطَانِ وَبِهَا يَنْصِبُ رَايَتَهُ.
Selagi
mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar
dan
janganlah menjadi orang terakhir keluar dari pasar
kerana
sesungguhnya pasar adalah medan tempur syaitan
Pada zaman kini pasar bukan sahaja
merujuk kepada tempat menjual ikan dan sayur tetapi meluas kepada pasaraya,
pusat membeli belah dan bursa saham.
0 Komentar:
Posting Komentar